Pengurusan Kewangan - Smart Money User

June 21st, 2009

Selamat hari ahad!

Semalam, aku membeli sebuah buku berkaitan pengurusan kewangan - Smart Money User by Carol Yip. Menarik, mudah difahami dan berinformasi. Aku dapat apa yang aku inginkan melalui buku tersebut. Dan buku tersebut amat sesusai memandangkan fokus utama buku tersebut adalah mengajar pengurusan kewangan kepada muda-mudi seperti aku.

Buku setebal 166 muka surat ini mengandungi 12 chapter. Berikut merupakan chapter yang terdapat dalam buku ini:-

Chapter 1

Your Financial Self-Worth

Chapter 2

You and Your Brain

Chapter 3

Good Behaviour and Habits Towards Money

Chapter 4

Identifying Your Financial Path

Chapter 5

Know Your Money Management Skills

Chapter 6

Your Debt Management Skills

Chapter 7

Measurement of Your Financial Self-worth

Chapter 8

Time Value of Money

Chapter 9

Create Your Money Action Plan

Chapter 10

Your Retirement

Chapter 11

The 5 Principles of Success For A Young Adult

Chapter 12

Balance Your Time As A Young Adult

Aku dah habis baca buku ni, bolehlah aku mulakan pembacaan kali ke-2 esok..  :-)

Ini saje dari aku, bye!

Panas Baran

May 6th, 2009

“Kau ni lahir tengahari(jam 12.45 ptg), panas baran ko tu lebih..guna akal, kawal perasaan marah tu…bla bla bla”

marahPanas baran memang susah nak kawal dan orang yang ada masalah panas baran ni sikit-sikit melenting, kadang-kadang terajang sana terajang sini. Kerusi meja pecah tak berganti, lepas satu malam tidur bangun pagi macam takde apa yang terjadi.

Kalau orang muda, panas baran lagi menjadi-jadi. Hampir semua nak dihempuk, bila dah jadi menyesal tepuk dahi. Aku kenal beberapa orang panas baran, tapi aku nak cerita pasal sorang ni je. Dia macam hilang akal bila baran dia datang, dia sorang sempat gi hempuk 4-5 orang lelaki. Bila dah ok, dia senyum macam takde apa yang berlaku. Itu je la cite pasal dia, pendek je..

Sebenarnya, aku cerita pasal panas baran ni sebab ayat di atas tu sebenarnya nasihat ayah aku kat aku semalam. Darah orang muda, melenting tak tentu pasal walaupun hal remeh temeh. Bila fikir balik, nyesal yang amat tapi dah tak guna. Bak kat pepatah, “menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna“.

Lepas marah-marah, tarik nafas dalam-dalam satu penyelesaian buat hati tenang.

Mana Butang Submit Komen

May 4th, 2009

btn_submit_comment_greenBila menulis blog, setiap entri yang “dihidangkan” untuk pembaca aku harapkan dengan komen yang akan ditinggalkan. Tapi itu tidak bermakna aku mengejar komen setiap kali entri aku dipublish cuma aku rasa komen ni macam hadiah. Best gile bila dapat komen kat blog, tak caya tanya diri sendiri. Waktu kali pertama menulis blog, nak dapatkan komen pertama agak susah. Macam aku la, dah la guna blogspot time tu. Template pulak tunggang langgang.. :-)

Nak dijadikan cerita, semalam aku dihubungi oleh Fatin Pauzi. Berikut soalan daripada Fatin.

Read the rest of this entry »

Aku, Twitter Dan Contest

May 3rd, 2009

Pagi tadi pergi pasar beli barang-barang untuk kedai dan aku beli ketam sekilo. Dah lama nak makan ketam, alang-alang jumpa tadi, terus beli. RM18 sekilogram hanya 4 ekor. Nak cakap besar tu, takde la besar sangat tapi berat jugak si ketam ni. Balik bagi mak, terus mak masak. Buat keje sket, pastu sarapan pagi dengan lauk ketam. Ingat nak makan tengahari, tapi perut paksa suruh makan time tu gak.. :-)

Dah berkali aku membaca artikel dari pelbagai blog dan penulis tentang kelebihan twitter tetapi baru dalam minggu lepas ada akaun twitter. Setakat ini, aku ada beberapa orang follower, tak ramai pun tapi ok la daripada takde langsung dan Menteil orang pertama follow.

Read the rest of this entry »