Selamat Hari Ibu

Posted by Hafifi | Saturday, May 10, 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini aku mahu bercakap tentang IBU, iaitu insan mulia yang telah mengandungkan kita 9 bulan lamanya. Tanpa IBU, wujudkah kita di dunia ini dan tanpa kasih IBU, mampukah kita hidup seperti sekarang? Tidak bukan..

Kepada kamu yang masih mempunyai IBU, telefonlah IBUMU sekarang seandainya kamu sayangkan mereka. Tidak ada kredit bukan alasan, dengan nilai RM10 kamu boleh beli bercakap lama dengan IBUMU dan nilai RM10 amat kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan nilai kamu berbicara dengan IBUMU, cakaplah yang kamu sayang padanya dan katakan juga padanya kamu sentiasa merinduinya.

Andainya IBUMU telah "pergi", ziarahlah kubur IBUMU dan sedekahkanlah ayat suci al-Quran. Jangan sesekali sisihkan kasih sayang pada IBUMU walaupun beliau telah tiada. Kita semua tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Akhir kata, ucapkanlah Selamat Hari Ibu pada IBUMU. Sekiranya kamu mampu, berilah hadiah kecil pada beliau. Nilai hadiah bukan ukuran tetapi sejauh mana keihklasan hatimu dalam menghargai jasa ibu yang telah membesarkan kamu.

p/s: Di atas adalah gambar terbaru aku. Kool kan??haha



Trip to Sabah

Posted by Hafifi | Friday, May 02, 2008

Pernahkah kamu bermesyuarat sehingga berjam-jam lamanya? Itulah yang berlaku kepada aku pada hari rabu yang lepas. Mesyuarat tentang "Trip to Sabah" merupakan gabungan 2 club di kolej adalah satu pengalaman baru bagi aku kerana mesyuarat tersebut berlangsung kira-kira 7 jam lamanya.

Kami bermula lebih kurang jam 10 pagi dan berakhir jam 5 petang. Antara waktu tersebut, kami berhenti rehat selama setengah jam-(jam 1.30-2.00 petang). Mesyuarat yang lama tersebut sememangnya membuahkan hasil yang bermakna. Kami sudah menyiapkan kertas kerja dan apa-apa yang berkaitan dengan trip tersebut sebelum dibentangkan kepada pihak kolej.

Sekarang, kami cuma menunggu kelulusan daripada pihak kolej untuk membenarkan kami ke sana dengan bajet lebih kurang RM 16,000. Semoga apa yang dimulakan kami mendapat kata putus yang baik daripada pihak kolej. Walaupun banyak masalah yang timbul, semuaanya telah di selesaikan dengan baik.

Masalah yang paling berat pada kami ialah masalah penginapan. Kami telah block satu tempat penginapan di Sabah tetapi timbul satu masalah. Aku mendapat SMS daripada Aunty Winnie mengatakan kami tidak dapat menginap di situ kerana tempat tersebut penuh pada tarikh berkenaan. Keesokkan harinya, Pengurus Projek telah menelefon Aunty Winnie.

Rupanya, Aunty Winnie yang berketurunan Kadazan telah salah faham. Dia ingat kami ke sana pada bulan 5 sedangkan kami ingin pergi pada bulan 6. Itu bermakna, kami mempunyai tempat untuk menginap selam 4 hari 3 malam. Alahai....

Pentingkan Yang Lebih Penting

Posted by Hafifi | Tuesday, April 29, 2008

Sudah beberapa hari blog ini tidak di update, masalah utama adalah masa kerana lebih kurang sebulan sahaja lagi, aku akan mengambil final exam. Jadi, aku pentingkan yang lebih penting kerana yang penting itu lebih penting dari yang penting.

Semoga aku dapat menulis semula selepas tamat exam nanti. Wish me good luck!